Wednesday, February 17, 2016

Peranan suami itu penting.


DITANYA sama ada mahu tinggal di rumah mertua atau tidak, majoriti wanita menjawab tidak. Sama ada ia fakta atau pun telahan, apa yang pasti jika tinggal di rumah sesiapa pun yang bukan rumah sendiri pasti menimbulkan kejanggalan, hatta sedikit.

Jangan kata rumah mertua, balik kampung ibu bapa sendiri pun kadang kala kita boleh bermasam muka dengan adik-beradik. Inikan pula dengan orang lain yang bukan darah daging sendiri yang kita tidak tahu pun sikap dan perangainya. Justeru, apa harus dilakukan? Pokok pangkalnya amalan dan toleransi.

Rata-rata wanita berpendapat jika mahu tinggal dengan mertua amalan toleransi itu penting. Peranan suami juga harus signifikan dengan keperluan antara isteri dan ibu bapa sendiri. Ada wanita yang gemarkan kehidupan sosialisasi dalam keluarga. Biar ramai janji riuh dengan gelak tawa dan suka duka penghuninya.

Ada wanita mahukan lebih privasi dalam rumah tangga. Mereka tidak mahu terkongkong dan tidak mahu menghadapi keterbatasan di rumah sendiri. Dan sudah tentu apabila diaju soalan sama ada mahu tinggal di rumah mertua atau tidak, wanita kategori ini tidak bersetuju.

Aku ada bertanya kawan kawan yang sebumbung dengan mertua rata-rata tinjauan di laman sosial juga mengakui lebih banyak duka berbanding suka. Namun, dalam semuanya masih wujud kategori wanita yang berbahagia apabila tinggal bersama-sama keluarga mertua.

Majoritinya mengakui, yang menjadi masalah dalam perhubungan adalah antara ibu mertua dan wanita sahaja. Antara bapa mertua dan adik-beradik jarang ditimbulkan. Ini kerana, mungkin juga disebabkan faktor ibu yang mahukan layanan lebih daripada anak lelaki sendiri. Malah dalam agama pun, suami dituntut melebihkan ibu berbanding isteri.

Nilai positif

Jika ditimbal semula, kesudian ibu bapa mertua menerima tetamu dalam rumahnya wajar dipuji. Bukan mudah seseorang mahu menerima seseorang yang lain di dalam rumah tangga mereka apatah lagi tamu asing. Beringatlah bahawa dengan mengorbankan privasi anda bersama suami, ibu mertua juga mengorbankan privasinya bersama ahli keluarga lain sebaik membenarkan anda tinggal di rumahnya.

Dari sudut pandang yang positif, tinggal di rumah mertua memberikan penjimatan sewa rumah, makan minum atau belanja dapur dan bil-bil tertentu seperti air dan elektrik. Ini kerana, ahli keluarga mungkin boleh berkongsi tanggungjawab melangsaikan perbelanjaan tersebut.

Pasangan yang baik adalah pasangan yang mengambil kesempatan menyusun strategi kewangan agar suatu masa mereka dapat membeli rumah sendiri hasil simpanan semasa tinggal dengan mertua. Perkara ini banyak terjadi dalam kalangan rakan-rakan penulis yang tinggal bersama keluarga mertua.

Mereka bukan sahaja hidup harmoni  malah kewangan mereka jarang ditimpa masalah. Bukan sahaja sewa rumah malah kos upah mengasuh anak-anak juga boleh dijimatkan atau disalurkan kepada ibu mentua yang sudi membantu.

Kesimpulannya, amalan merendahkan ego dan bertoleransi amat penting apabila tinggal dengan keluarga mertua. Janganlah segala perbelanjaan dibebankan ke atas bahu orang tua sedangkan anda juga bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Walaupun tidak disuruh atau tidak ditetapkan garis panduan mengenai peranan anda di rumah tersebut, andalah yang harus bijak memainkan peranan sendiri.
 

Nilai negatif

Bermasam muka, salah faham, perbalahan dan umpat keji mungkin boleh berlaku dalam hubungan kekeluargaan yang berkongsi di bawah satu bumbung. Apatah lagi perhubungan antara mertua dan menantu.

Ada yang berkongsi cerita bahawa ibu mentuanya bersikap pilih kasih meski pun dia mempamerkan sikap yang baik dan ringan tulang. Dalam hal ini dia berpendapat tinggal di rumah mertua lebih banyak dukanya berbanding suka. Sementelah lagi, persaingan antara dirinya dan menantu-menantu yang lain membuatkan dia sering rasa terpencil dan diketepikan.

Faktor suami yang bergantung dengan kedua-dua ibu bapa mertua juga menyebabkan sebagai isteri berasa rendah diri dan tidak mempunyai hak langsung untuk bersuara. Malah jika seseorang itu  tidak bekerja. Dalam situasinya tidak hairan jika dia dipandang sepi keluarga.

Walaupun berusaha keras mempamerkan sikap rajin, membantu dari segi tenaga di dalam rumah tangga, baktinya tetap tidak mampu menandingi kuasa wang yang ditaburi menantu dan anak lain dalam rumah tersebut. Salah siapa? Tidak perlu menuding jari.

Semoga perkongsian kali ini membuka mata anda untuk membuat pilihan. Sama ada anda menantu atau ibu mertua, berlapang dadalah dan buat penilaian.Andai kita memandang kesempurnaan, takkan terlihat kehidupan. Kerana hidup sesungguhnya mempunyai warna-warni dan cacat-celanya yang tersendiri. Wallaua’lam



wahai mak mertua aku,aku tak pandai dalam semua perkara,jadi ajarlah aku...
aku budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...begitu juga pada mak aku ;)

mak mertua ajar uli pau
*pau kaya
*pau kelapa

mak mertua ajar buat karipap,ishhh
tak pandai aku nak klip klip

projek kerepek pisang
aku beli pisang kek tanjong ipoh N9




Saturday, January 16, 2016

Tummy, Hip & Thigh Slimming | Dorra Slimming | IOI Puchong I

Cik mimiey ada dapat slimming redeem dari staff aku tempat kerja nie,saja saja staff aku tu offer dorra slim,untuk buat bentuk badan yang menarik,aku amik jela sebab free,tapi sebelom aku buat appointment dengan perunding pusat kecantikkan tu,my staff aku dah bagi ilmu ilmu supaya aku tak terpedaya dengan hasutan bakal terima dari perunding perunding itu lah... A sampai Z staff aku cerita,masuk telingga kiri terus aku kunci,sebab aku tak nak tertipu macam sebelom sebelom nie...menangis pon tak guna beb kalau bab bab duit nie,boleh jadi gaduh auuwww...

Lepas aku kawen berat badan naik sangat sangat 2kg kot naik...now 51kg,masa sebelom kawen 49kg macam tu,pakai baju pegantin balik confirm tak muat dah..hahahahah...aku pon semangatlah nak buat appointment 15/01/16 aku buat temu janji pukul 12.00pm kat mana...di IOI PUCHONG dekat dengan rumah,ikotkan hati malas je g sebab panas kot kat lua tu..Sampai IOI aku azam fuhhh tak akan terpegaruh dengan pujuk rayu semua tu..lepas tu aku daftar bagi IC,dalam purse aku ada RM30.00 je,sebab tak gaji lagi lepas lepas untuk makan seblom gaji husband aku lagi seminggu..ingat 3 jam je treatment,tapi aku keluar IOI pukul 6.00pm...lama gila aku buat treament tu setengah hari kot..hahahha...masa tu period memang cuti so xde lah pikir nak solatkan,,,teruskan je buat treatment sampai habis,dalam masa aku buat treatment aku macam macam aku pikir supaya tak jadi mangsa...

Dorra IOI Puchong

1st ukur tinggi & Berat

imej google je tapi sebijik

bukan aku imej google

1st ukur tinggi & berat 2nd perunding tu bawak g 1 bilik untuk cerita pasal treatment,bersembang dengan dia hampir 2 jam taw tak,perut dah lapar sebab aku tak breakfast dari pagi..sembang punye sembang dia mula citer pakej yang ada kat sini,harga paling murah 1X treatment RM 7++ ringgit malaysia bukan rupiah tau...aku angguk je,offer untuk 10X treatment RM 3+++,hebatkan harga tapi aku ea kan aje,,unsur paksaan memang ada biar pon anda guna baucer percuma dan sebagainye...tahu lah sebab dulu aku pon perunding kesihatan jugak,study diploma marketing tapi tak lah pandai sangat,tapi sekurang kurang nye aku ada sedikit ilmu...hahhaha...dah siap tahu semua tu,dia bawak aku pergi 1 bilik untuk buat treatment,mmg heaven lah perasaan nie tapi dalam hati oohhh jangan lah tertipu jangan terpedaya..

Treatment punye treatment dia offer lagi,sampai aku kena kuarkan duit..hahahha,..aku pon bagi lah RM 10.00,perunding tu ambik beb,giler terdesak nak close aku..dan aku ya ya kan aje,mula mula dia semangat runding aku,ahkir akhir tu macam dah tak semangat,hahahah...kalau aku bagi 1000 mungkin lagi semangat kot...hahahah..bilik ke dua tu dalam 30minit jugak dia tinggal aku sorang sorang...sampai aku tertidur...
sesi akhir treatment
Bila dah selesai semua treatment aku pon pakai ape yang patut sebelom keluar,dekat hall perunding tu still nak close aku sampai dapat...aku dengar je,result lepas buat treatment nie memang ada beza tapi pada yang tak mampu memang tak mampulah nak bayar harga ber KK nie..pada yang mampu sila kan tak salah pon...cuma bagi aku kalau nak g pusat rawatan seperti ini jangan bawak cash banyak banyak,debit card or credit card pada yang tak kuat iman,memang akan terpengaruh...

Jsm 6.00pm perut aku lapar,last last aku g makan kfc snake plate pulak tu..memang kenyang..last pesan aku...kalau nak masuk mane mane pusat rawatan macam nie iman kena kuat kalau duit x ada..duit ada on je ;)

Sunday, January 3, 2016

Menanti

cik mimiey hampir sebulan tak jumpa husband,hanya mampu wspp dan call je,planning raya cina nak balik jumpa family,tapi lambat lagi...tak sabar nak tunggu bonus,tk sabar nak tunggu WC 8111 L...Alhamdulillah rezeki 2016..

Dating

Misi Dating dengan husband ;)

menanti nak masuk wayang dgn husband

husband Tak suka mcd tapi aku paksa jugak makan..heheh.


one city time ;)


my steak loving <3

bowling 1st with husband



IOI Putrajaya


IOI Puchong ;)

SEkian cik mimiey menulis...

Friday, January 1, 2016

2016


Bismillah...dan selamat pagi 2016,setiap orang ada azam tersendiri begitu jugak aku ‪#‎husband‬,ada jodoh tak kemana ‪#‎didunia‬...#‎akhirat‬ juga jangan dilupakan..amin..




SEkian ;)